Friday 20 July 2012

SALAM RAMADHAN

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.SEMOGA PUASA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA.AMIN.

Thursday 19 July 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Wednesday 18 July 2012

kartun : masalah pendidikan

Masalah dalam pendidikan sering diperkatakan. Tapi adakah ramai yang tahu menilai sesuatu masalah itu. Kita sering lupa tentang bagaimana untuk menyelesaikannya. 

Kartun di bawah sekadar menggambarkan masalah yang sering dikaitkan dengan isu-isu pendidikan masa kini.








sama-sama la kita memikirkan bagaimana cara terbaik dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan negara selaras dengan pembangunan dan permintaan terhadapa modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


isu-isu pendidikan masa kini

Dalam era pembangunan pendidikan yang serba moden, muncul pelbagai isu pendidikan yang sering menjadi tajuk utama di dada akhbar mahupun di saluran media masa yang lain. Daripada itu, blog ini cuba memaparkan permasalahan yang sering dikatakan itu. Terdapat beberapa masalah iaitu masalah guru, masalah pelajar dan masalah sekolah.

A. Masalah Guru

1. Beban Guru Semakin Mencabar
2. 


B. Masalah Pelajar

1. Disiplin Pelajar; "isu tidak pernah habis"
2. Pelajar dahulu v/s pelajar sekarang
3. Pelajar dahulu dan sekarang
4. Penyalahgunaan inHalan
5.


C. Masalah Lain-lain (ibubapa, sekolah dan masyarakat)

1. Riaksi ibubapa kini bila anak mereka diambil tindakan disiplin
2. Isu Rotan; Adakah ia releven
3. PPSMI (Harapan dan Sandaran)
4.

D. Contoh Kes

1. Kes 1
2.


Hubungi kami

Assalamualaikum wbt

Buat pengetahuan semua, Blog "Tinta Pendidik" ini telah dihasilkan oleh 3 orang bakal guru. Blog ini bertujuan untuk memberi sedikit info berkenaan masalah-masalah yang wujud dalam pendidikan masa kini.

Berikut merupakan ahli-ahli yang gigih menulis dalam blog ini. Sebarang masalah atau cadangan boleh hubungi kami;

Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) pengkhususan Bahasa Melayu



NOAZIAH


JUNAINI

 
WAN MAIDATUL RAZIMAH

permainan

jom kita rehatkan minda. Jom sama-sama mencuba permainan yang menguji minda.


1. Permainan Bahasa Melayu
2.

Masalah pendidikan; Video

Masalah dalam pendidikan juga sering dipertonton dalam bentuk klip video. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah sekadar pedoman kepada semua. Dengan melihat mungkin dapat memikirkan apa yang patut dilakukan supaya masalah-masalah ini dapat diatasi dengan cara yang paling berkesan.