FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di
negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti
mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem
dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah
pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah
berpaksikan keTuhanan.
Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki
ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas,
insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang
berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih
dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment