Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. Orang ramai biasanya terdedah kepada inhalan namun ramai tidak menganggapnya sebagai dadah disebabkan tujuan asalnya tidak begitu. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:
1. Pelarut Mudah Meruap
Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. Pelarut ini didapati dalam kebanyakan produk-produk yang biasa digunakan di rumah atau untuk tujuan penggunaan perubatan dan industri. Produk-produk tersebut termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen.
2. Bahan Gas
Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan nitrous oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Penyembur aerosol pula biasanya mengandungi kedua-dua bahan pelarut dan gas. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.

3. Bahan Nitrit
Merupan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks dan mudah diperolehi di kelab-kelab malam. Antara bahan nitrit yang biasa digunakan adalah sikloheksil nitrit, amil nitrit dan butil nitrit yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar udara. Nama lain yang biasa dikenali oleh penagih ialah Climax, Rush, Locker Room dan Popper. Inhalan berbentuk bahan mudah meruap dan bahan gas lebih digemari oleh golongan awal remaja, walau pun terdapat juga golongan dewasa yang menggunakannya. Orang dewasa biasanya terdedah kepada bahan sedutan melalui pekerjaan mereka, manakala golongan remaja yang lebih berumur biasanya memperolehi dan terdedah kepada bahan nitrit di kelab-kelab malam.
Inhalan seringkali dipilih oleh penagih kerana ianya mudah didapati, harganya pun murah, serta penggunaannya mudah disembunyikan atau dielakkan dari pengetahuan orang lain. Selain itu, bahan ini berupaya memberikan kesan-kesan yang diingini penagih seperti rasa tenteram dan selesa yang berlebih-lebihan yang dipercayai dapat mengurangkan tekanan hidup penagih, serta boleh menimbulkan perasaan khayal yang cepat dan berulang kali. Golongan remaja yang menagih juga akan lebih mudah diterima kumpulan rakan sebaya yang terlibat dalam aktiviti yang serupa.

Cara Penggunaan
Wap bahan ini biasanya dihidu melalui hidung atau disedut melalui mulut. Selain bahan inhalan yang tersenarai, penagih juga berkemungkinan menggunakan bahan lain bersama seperti arak, dan ini akan meningkatkan risiko terjadinya kesan yang lebih teruk. Hampir semua inhalan (kecuali bahan nitrit) yang disalahgunakan bertindak di otak dengan menekan fungsi sistem saraf pusat dan menghasilkan kesan yang seakan sama dengan kesan pengambilan arak (alkohol), ubat tidur dan agen bius. Terdapat satu kajian terbaru yang menunjukkan toluin iaitu sejenis pelarut yang didapati dalam gam, cat semburan, dan penanggal cat, boleh mengaktifkan sistem dopamina dalam otak sama seperti tindakan yang dihasilkan oleh dadah-dadah yang sudah lama dikenali seperti heroin, candu, dan lain-lain lagi.
Bahan nitrit pula sebaliknya tidak bertindak terus ke atas sistem saraf pusat seperti kebanyakan inhalan yang lain, akan tetapi bahan ini secara asasnya bertindak membesarkan saluran darah dan merehatkan otot.

Bagaimana inhalan digunakan???
· Menghidu wap daripada bekas
· Menyembur terus aerosol ke dalam hidung atau mulut
· Menggelembung – menghidu atau menyedut wap daripada bahan yang disembur ke dalam beg plastik atau beg kertas
· “Huffing” pada kain yang diserap inhalan dan disumbat dalam mulut
· Menyedut belon yang diisi dengan nitrus oksida
Kesan-kesan
Kebanyakan inhalan bentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri.
Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas.

Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali pertama atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas akibat kekurangan oksigen. Selain itu, penekanan sistem saraf pusat yang serius boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan.
Seperti penagih benda-benda lain, inhalan boleh mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih. Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas.

Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala. Bahan nitrit dipercayai berupaya menambahkan keseronokan dan keupayaan seksual.
Kesan
- Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah merah.
- Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk.
- Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung.
- Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas.
- Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang.
- Memberi kesan yang sama seperti anestetik – memperlahankan fungsi badan
- Apabila disedut, kesannya memabukkan; sedutan yang berterusan menyebabkan pengguna kurang rasa malu, kurang daya kawalan dan seterusnya hilang kesedaran
Kemamatian mengejut akibat dihidu, sirosis hati, kerosakan pendengaran dan penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, kekejangan anggota badan, kebas.
Risiko
· Kematian mengejut; sesak nafas
· Gangguan fikiran; berkelakuan ganas
· Sakit kepala, lemah otot, loya, hidung berdarah
· Kurang deria bau
· Hepatitis
· Denyutan jantung yang tidak menentu
· Pembuangan urin dan najis secara tidak sedar
Kesan-kesan sedutan pelarut
· Hilang pendengaran – toulene (cat sembur, glu, penanggal penggilap) dan trichloroethylene (cecair pembersihan, cecair pemadam)
· Kekejangan anggota badan – hexane (glu, gasolin), nitrous oksid (silinder gas)
· Kerosakan sistem saraf pusat atau otak – toulene (cat sembur, glu, penanggal penggilap)
· Kerosakan tulang sumsum – benzene (gasolin)
· Sarcoma Kaposi (kanser pada pesakit AIDS) – nitrit amil dan butil
Kesan-kesan serius
· Kerosakan hati dan ginjal – bahan-bahan yang mengandungi toulene dan hidrokarbon klorin (cecair pemadam, cecair cucian-kering)
· Oksigen darah berkurangan – nitrat organik dan klorid metalin (penanggal barnis, pencair cat)
Kematian akibat inhalan
· Biasanya disebabkan oleh suatu konsentrasi wap yang sangat tinggi
· Menyedut dengan sengaja daripada beg plastik atau di kawasan tertutup boleh menyebabkan sesak nafas
· Apabila menggunakan aerosol atau produk meruap untuk tujuan tertentu seperti mengecat atau membersihkan, pastikan ia dilakukan di bilik yang boleh dimasuki udara atau di luar bangunan
No comments:
Post a Comment