Mengenal Penagih Inhalan
Anggota masyarakat yang rapat dengan golongan remaja terutamanya ibu bapa, rakan sebaya dan guru perlu memainkan peranan yang utama dalam membanteras kegiatan merbahaya ini. Oleh itu, adalah penting untuk mengenali tanda-tanda awal penagihan inhalan supaya langkah-langkah pencegahan dapat dimulai sebelum terlambat.
Tanda-tanda berikut boleh membantu para ibubapa, rakan sebaya, dan guru mengesyakki atau mengesan penagihan inhalan di kalangan anak-anak, rakan-rakan dan murid-murid:
Anggota masyarakat yang rapat dengan golongan remaja terutamanya ibu bapa, rakan sebaya dan guru perlu memainkan peranan yang utama dalam membanteras kegiatan merbahaya ini. Oleh itu, adalah penting untuk mengenali tanda-tanda awal penagihan inhalan supaya langkah-langkah pencegahan dapat dimulai sebelum terlambat.
Tanda-tanda berikut boleh membantu para ibubapa, rakan sebaya, dan guru mengesyakki atau mengesan penagihan inhalan di kalangan anak-anak, rakan-rakan dan murid-murid:
- Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur
- Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau pakaian
- Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan hidung
- Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung berair
- Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di dalam laci atau almari di bilik tidur
- Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan, pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus
- Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah dan murung.
Langkah Pencegahan
Menghidu atau menyedut inhalan BOLEH MEMBUNUH walau hanya dengan sekali sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan adalah:
- Sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda
- Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan.
- Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada.
- Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan, sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut
- Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mereka.
- Elakkan sikap ‘tidak apa’- Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan membunuh orang tersayang.
Pencegahan dan rawatan
· Penggunaan inhalan biasanya bermula sejak awal iaitu di peringkat sekolah rendah lagi.
· Kebanyakan penyalahgunaan inhalan berlaku selepas makan malam (6 – 8 malam).
· Rawatan bertujuan untuk memulihkan daripada simptom-simptom yang mengancam nyawa; menyediakan suasana yang tenang dan senyap agar dapat mencegah peningkatan secara tiba-tiba adrenalin yang boleh menyebabkan aritma kardiak dan mengakibatkan kematian.
· Penyalahgunaan jangka panjang sukar dirawat kemungkinan disebabkan terdapat penggunaan secara terpaksa, sindrom tarikan, pelbagai masalah psikologikal dan sosial.
Tip untuk ibu bapa
Berbincang dengan anak-anak supaya jangan mendekati atau mencuba menggunakan inhalan.
Bincang secara terbuka dan tekankan kesan-kesan buruk penyalahgunaan inhalan.
Berwaspada terhadap tanda-tanda dan simptom penyalahgunaan inhalan.
Dapatkan bantuan pakar serta merta sekiranya anda mensyaki terdapat masalah penyalahgunaan inhalan.
No comments:
Post a Comment