Saturday 11 August 2012

BEBAN TUGAS GURU SEMAKIN MENCABAR


Beberapa tahun kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan tentang tahap profesionalisme dalam kalangan guru.
Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada kalangan mereka yang berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan yang sama. Malangnya kekerasan itu berakhir dengan tragedi yang tidak sanggup kita dengari. Masyarakat boleh menyalahkan guru yang berkenaan namun perlu adil membuat penelitian secara terperinci sebelum menjatuhkan hukuman. Terdapat guru yang berdepan dengan tekanan luar biasa yang menyebabkan tindakan di luar kewarasan berlaku , ditambah dengan beban kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.  
Cabaran guru semakin besar pada hari ini iaitu berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat. Malangnya bagi memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan yang perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah pula tekanan untuk memenuhi standardtugasan yang melangkaui pelbagai aspek termasuk tugas perkeranian, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru sudah pasti sukar bernafas.

Tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Ini selaras dengan teras perkhidmatan awam antaranya bekerja dengan penuh tanggungjawab (Dr Ragbir Kaur, 2012). Status guru hanya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan, manakala secara khususnya mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran tersendiri dalam kehidupan seharian.

1 comment:

  1. salam..

    tajuk yang sangat menarik.

    pada saya selaku juga seorang guru, saya merasakan beban guru tidaklah semakin mencabar tetapi melihat bagaimana kita berdepan dengan situasi kerja kita.

    Terdapat sesetengah guru yang hanya bersikap terlalu memikirkan tugas hakiki seorang guru..iaitu mengajar..sehingga lupa pada falsafah pendidikan negara pada dasarnya yang ingin melahirkan pelajar yang berketerampilan daripada semua aspek termasuk rohani dan jasmani.

    jadi mereka ini tidak sanggup untuk melakukan kerja diluar bidang tugas mereka. jadi timbullah isu mengatakan beban mereka terlalu banyak..

    dari segi sikap pelajar, tidak dinafikan mmg sukar dijangkakan..tetapi tugas kita membentuk kearah yang lebih baik dengan menggunakan pendekatan terkini...

    hukuman bukan lagi menjadi penyelamat utk membentuk pelajar..fikirkan la...wahai guru..

    berbalik kepada persoalan pokok, beban guru bertambah..saya ingin bertanya pada guru2..siapa di antara guru sanggup untuk mengadakan kelas tambahan di malam hari atau di luar waktu kelas dengan sukarela???

    tiada kan...jadi kenapa ..isu "beban guru bertambah" di persoalkan..

    tukarlah minda kita ke arah yang lebih baik...lihat dari sudut positif..

    tambahan kerja bukan bebanan..tetapi tanggungjawab kita untuk membentuk pelajar2 ke arah mencapai objektif negara dalam falsafah pendidikan negara

    ReplyDelete