Thursday 30 August 2012

BEZA PELAJAR DULU, SEKARANG - CHE ABU BAKAR



PENGALAMAN mengajar hampir 30 tahun cukup mewarnai kehidupan Che Abu Bakar Che Omar. Memulakan bidang perguruan pada seawal 1980-an, Che Abu Bakar mengakui ada perbezaan pelajar dulu dan sekarang.

Beliau berkata, faktor persekitaran penting dalam membentuk suasana pembelajaran sihat. Menurutnya, corak didikan mempengaruhi pencapaian pelajar. Sambil menambah, pembangunan serta kemajuan teknologi maklumat (IT) menjadi antara faktor yang mendorong meningkatnya kualiti pembelajaran dan pencapaian akademik.

“Jika dulu, pelajar hanya bergantung kepada televisyen semata-mata untuk mendapatkan hiburan dan maklumat. Hari ini, pelbagai teknologi serta internet membolehkan pelajar mendapat apa saja maklumat di depan mata.

“Malah, hari ini kita lihat kelas tuisyen menjadi sebahagian daripada keperluan. Dulu, tidak wujud pun kelas tambahan. Inilah yang membezakan pelajar dulu dan sekarang,” katanya yang turut aktif dalam aktiviti pembelajaran luar kelas.

No comments:

Post a Comment