Wednesday 29 August 2012

CONTOH-CONTOH KES MASALAH DISIPLIN DI MALAYSIA

Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukakan dan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal dibendung. Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin tetap berlaku dan kadarnya makin meningkat.
Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru. Jika kita terlalu memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yang akan merosakkan mereka pada masa akan datang.
KAJANG: Lapan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di Seremban yang didapati bersalah membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah sama, tujuh tahun lalu dilaporkan kini sudah dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang. Kumpulan pelajar itu baru saja dibebaskan bulan lalu selepas berada di penjara itu hampir tujuh tahun dan dikatakan sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan. Katanya, mereka sebelum ini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat di Sekolah Integriti Kajang (SIK) adalah perintis program pemulihan penjara itu.
Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan, dituduh secara bersama-sama membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat, pada 28 Mac 2004. Semua mereka yang kini berusia 23 tahun itu dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 10.30 pagi dan 4.15 petang di Asrama Putera sekolah itu. Menurut sumber, walaupun sejarah hidup mereka pahit, mereka pandai dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Pada 6 Ogos 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Ma’ah memerintahkan lapan pelajar itu ditahan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Kelapan-lapan pelajar itu pesalah juvana dan berdasarkan hakikat itu mereka dihukum mengikut Seksyen 97, Subseksyen 2 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu boleh ditahan dipenjara berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana kesalahan berkenaan dilakukan di Negeri Sembilan.
Perbicaraan kelapan-lapan pelajar itu bermula sejak 14 Jun 2004 dan sepanjang 18 hari perbicaraan, 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.  Sementara itu, jurucakap Istana Negeri Sembilan ketika dihubungi mengesahkan berhubung pembebasan lapan pelajar itu selepas rayuan terakhir mereka diluluskan oleh Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), tetapi enggan mengulas lanjut. Sumber Berita Harian.
Berlaku di daerah Dungun, Seorang guru lelaki tidak menyangka tindakannya menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila ditumbuk dua kali di muka selain disepak.Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa menampar anaknya.
Penyebab bagi insiden tersebut adalah kerana guru terbabit menampar pipi dan memulas telinga pelajar terbabit yang didakwa memberikan isyarat lucah kepada salah seorang murid tahun 6 di sekolahnya selepas keluar dari makmal.
Atas sebab tindakan ingin “mengajar” anak murid, guru yang tidak mahu dikenali pula dibelasah bapa pelajar tersebut.Apakah rasionalnya tindakan bapa pelajar itu?
Kejadian ini bukan baru pertama kali terjadi,dan dari senario yang kami lihat, kebanyakan ibu bapa lebih banyak menyokong tindakan luar kawalan anak mereka dengan menganggap anak mereka berperwatakan baik di sekolah dan bukan sebaliknya.
Ini membuatkan pelajar-pelajar sekolah semakin “naik lemak” apabila mengetahui keluarga mereka akan menyokong mereka walau apa-pun terjadi atas sebab perbuatan pelajar tersebut di sekolah. Takkan tak tahu, guru adalah umpama bapa atau ibu kepada pelajar semasa di sekolah.
Wajarlah jika mereka melakukan kesalahan, mereka menerima hukuman. Namun sekarang, guru-guru tidak lagi dihormati.Tidak semasa zaman kami dahulu.Ibu-bapa pada zaman dahulu lebih menitik beratkan perasaan hormat dan memandang tinggi profession guru sebagai pendidik anak-anak mereka.
Pada masa dahulu, usahkan hendak membalas, hendak mengadu kepada keluarga bila kena hukum dengan guru pun, tidak berani untuk diluahkan.Kerana, ibu bapa beranggapan sekiranya anak mereka dihukum, ini bermakna anak mereka memang melakukan kesalahan.
Tidak ada guru yang ingin menghukum anak muridnya tanpa ada asas-asas yang kukuh. Dalam kes di atas, menunjukkan isyarat lucah bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan. Lebih-lebih lagi, perbuatan anak menjadi cermin kepada sikap dan keperibadian keluarga pelajar tersebut sendiri.
Jika kita sendiri sebagai ibu-bapa, melihat anak kita yang berusia 8 tahun sudah pandai memberi isyarat lucah, adakah kita hanya akan tersenyum gembira dengan perbuatan mereka? Anda fikirkanlah sendiri.
Pada pendapat kami, KPM selepas ini patut mewujudkan silibus atau modul mempertahankan diri untuk guru-guru mereka.Pada zaman ini, berkemungkinan ianya amat diperlukan.
Pendapat anda, siapakah yang patut dipersalahkan?

No comments:

Post a Comment