Wednesday, 29 August 2012

PENYALAHGUNAAN INHALAN DALAM KALANGAN REMAJA

Apakah Inhalan?

Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. Orang ramai biasanya terdedah kepada inhalan namun ramai tidak menganggapnya sebagai dadah disebabkan  tujuan asalnya tidak begitu. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:

1. Pelarut Mudah Meruap

Merupakan cecair yang akan meruap  pada suhu bilik. Pelarut ini didapati dalam kebanyakan produk-produk yang biasa digunakan di rumah atau untuk tujuan penggunaan perubatan dan industri. Produk-produk tersebut termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen.




2. Bahan Gas

Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan nitrous oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Penyembur aerosol pula biasanya mengandungi kedua-dua bahan pelarut dan gas. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.



3. Bahan Nitrit

Merupan sejenis  bahan sedutan yang sering digunakan  sebagai pemangkin seks dan mudah diperolehi di kelab-kelab malam. Antara bahan nitrit yang biasa digunakan adalah sikloheksil nitrit, amil nitrit dan butil nitrit yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar udara. Nama lain yang biasa dikenali oleh penagih ialah Climax, Rush, Locker Room dan Popper. Inhalan berbentuk bahan mudah meruap dan bahan gas lebih digemari oleh golongan awal remaja, walau pun terdapat juga golongan dewasa yang menggunakannya. Orang dewasa biasanya terdedah kepada bahan sedutan melalui pekerjaan mereka, manakala golongan remaja yang lebih berumur biasanya memperolehi dan terdedah kepada bahan nitrit di kelab-kelab malam.

Inhalan seringkali dipilih oleh penagih kerana ianya mudah didapati, harganya pun murah, serta penggunaannya mudah  disembunyikan atau dielakkan dari pengetahuan orang lain. Selain itu, bahan ini berupaya memberikan kesan-kesan yang diingini penagih seperti rasa tenteram dan selesa yang berlebih-lebihan yang dipercayai dapat mengurangkan tekanan hidup penagih, serta boleh menimbulkan perasaan khayal yang cepat dan berulang kali. Golongan remaja yang menagih juga akan lebih mudah diterima kumpulan rakan sebaya yang terlibat dalam aktiviti yang serupa.
 
Cara Penggunaan
Wap bahan ini biasanya dihidu melalui hidung atau disedut melalui mulut. Selain bahan inhalan yang tersenarai, penagih juga berkemungkinan menggunakan bahan lain bersama seperti arak, dan ini akan meningkatkan risiko terjadinya kesan yang lebih teruk. Hampir semua inhalan (kecuali bahan nitrit) yang disalahgunakan bertindak di otak dengan menekan fungsi sistem saraf pusat dan menghasilkan kesan yang seakan sama dengan kesan pengambilan arak (alkohol), ubat tidur dan agen bius. Terdapat satu kajian terbaru yang menunjukkan toluin iaitu sejenis pelarut yang didapati dalam gam, cat semburan, dan penanggal cat, boleh mengaktifkan sistem dopamina dalam otak sama seperti tindakan yang dihasilkan oleh dadah-dadah yang sudah lama dikenali seperti heroin, candu, dan lain-lain lagi.

Bahan nitrit pula sebaliknya tidak bertindak  terus ke atas sistem saraf pusat seperti kebanyakan inhalan yang lain, akan tetapi bahan ini secara asasnya bertindak membesarkan saluran darah dan merehatkan otot.


Bagaimana inhalan digunakan???
·         Menghidu wap daripada bekas
·         Menyembur terus aerosol ke dalam hidung atau mulut
·         Menggelembung – menghidu atau menyedut wap daripada bahan yang disembur ke dalam beg plastik atau beg kertas
·         “Huffing” pada kain yang diserap inhalan dan disumbat dalam mulut
·         Menyedut belon yang diisi dengan nitrus oksida
Kesan-kesan

Kebanyakan inhalan bentuk pelarut  dan gas akan menyebabkan penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan  itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri.

Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas.
Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali pertama atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas akibat kekurangan oksigen. Selain itu, penekanan sistem saraf pusat yang serius boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan.

Seperti penagih benda-benda lain, inhalan boleh mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih. Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas.

Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala. Bahan nitrit dipercayai berupaya menambahkan keseronokan dan keupayaan seksual.
Kesan
  • Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah merah.
  • Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk.
  • Mengurangkan keupayaan darah untuk  membawa  oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung.
  • Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas.
  • Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang.
  • Memberi kesan yang sama seperti anestetik – memperlahankan fungsi badan
  • Apabila disedut, kesannya memabukkan; sedutan yang berterusan menyebabkan pengguna kurang rasa malu, kurang daya kawalan dan seterusnya hilang kesedaran
Kemamatian mengejut akibat dihidu, sirosis hati, kerosakan pendengaran dan penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, kekejangan anggota badan, kebas.

Risiko
·         Kematian mengejut; sesak nafas
·         Gangguan fikiran; berkelakuan ganas
·         Sakit kepala, lemah otot, loya, hidung berdarah
·         Kurang deria bau
·         Hepatitis
·         Denyutan jantung yang tidak menentu
·         Pembuangan urin dan najis secara tidak sedar

Kesan-kesan sedutan pelarut
·      Hilang pendengaran – toulene (cat sembur, glu, penanggal penggilap) dan trichloroethylene (cecair pembersihan, cecair pemadam)
·      Kekejangan anggota badan – hexane (glu, gasolin), nitrous oksid (silinder gas)
·      Kerosakan sistem saraf pusat atau otak – toulene (cat sembur, glu, penanggal penggilap)
·      Kerosakan tulang sumsum – benzene (gasolin)
·      Sarcoma Kaposi (kanser pada pesakit AIDS) – nitrit amil dan butil


Kesan-kesan serius
·      Kerosakan hati dan ginjal – bahan-bahan yang mengandungi toulene dan hidrokarbon klorin (cecair pemadam, cecair cucian-kering)
·      Oksigen darah berkurangan – nitrat organik dan klorid metalin (penanggal barnis, pencair cat)



Kematian akibat inhalan
·      Biasanya disebabkan oleh suatu konsentrasi wap yang sangat tinggi
·      Menyedut dengan sengaja daripada beg plastik atau di kawasan tertutup boleh menyebabkan sesak nafas
·      Apabila menggunakan aerosol atau produk meruap untuk tujuan tertentu seperti mengecat atau membersihkan, pastikan ia dilakukan di bilik yang boleh dimasuki udara atau di luar bangunan

PENYALAHGUNAAN INHALAN DALAM KALANGAN REMAJA


Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda ; "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". ( H.R. Thabrani )



Ramai dalam kalangan kita terutamanya ibu bapa sering bimbang mengenai penyalahgunaan dadah seperti ecstasy, ganja, ‘syabu’ dan lain-lain dalam kalangan anak-anak kita terutamanya yang berusia remaja. Akan tetapi kita biasanya terlupa malah tidak menyedari, atau mengabaikan kemungkinan terdapat penyalahgunaan produk-produk yang biasa digunakan di rumah dengan cara menghidu atau menyedut wapnya. Produk-produk ini kebiasaannya dianggap sebagai tidak merbahaya akan tetapi sebenarnya produk-produk ini mengandungi bahan pelarut organik beracun, yang apabila dihidu atau disedut wapnya akan menyebabkan ketagihan, atau berpotensi mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.

Kegiatan menghidu bahan-bahan ini, kebanyakannya gam, sering melibatkan golongan remaja termasuk kanak-kanak berusia antara 10 hingga 18 tahun, demikian menurut pihak polis yang telah dapat mengesan kegiatan ini di Perak. Pada pertengahan tahun 2001, masyarakat Malaysia dikejutkan pula dengan berita kematian beberapa orang pelatih Pusat Serenti Sungai Ruan, Raub, Pahang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang, penyakit yang menyerang pelatih tersebut berpunca daripada perbuatan mereka menghidu bahan kimia seperti gam, “thinner” dan petrol secara berterusan untuk menghilangkan ketagih.



ISU ROTAN. ADAKAH IA RELEVAN?

Rotan pernah menjadi isu nasional tidak lama dahulu, dan hingga sekarang masih belum ditemui jalan penyelesaiannya. Isu ini bangkit adalah ekoran dari kemerosotan disiplin dan keruntuhan moral para pelajar. Sebelum ini, iaitu pada zaman ayah, abang dan kakak kita belajar, merotan adalah dibenarkan. Guru-guru bebas melaksanakan tugas mendisiplinkan para pelajarnya dengan tenang tanpa terikat dengan mana-mana peraturan yang bermacam-macam. Bukan setakat guru sekolah, malah guru al-Quran yang mengajar di rumahpun tak ketinggalan menggunakan rotan sebagai salah satu dari tindakan disiplin. Ibubapa pula ketika menghantar anaknya akan berkata: Saya serahkan anak saya ini pada ustaz, kalau anak saya buat salah ustaz buatlah apa sahaja, asal jangan buta, patah kaki dan tangan. Ini bukan ucapan perli, tetapi ikhlas dari lubuk hati seorang bapa yang mahukan anak-anaknya baik dan berguna.

Tanyalah ayah, abang dan kakak kita tentang guru dan rotan. Mereka akan menceritakannya. Mereka tidak pernah menganggap bahawa mereka kena rotan itu sebagai satu kenangan pahit, tetapi satu kenangan manis.

Sekarang ini segalanya telah berubah. Kalau dulu, pelajar takut dengan rotan tetapi sekarang ini guru pula yang takut dengan rotan. Kalau pelajar melakukan kesalahan, guru tidak boleh buat apa. Silap sikit orang tua datang menyerang atau masuk mahkamah.

Apabila isu rotan ditimbulkan, orang ramai dari segenap lapisan pun memberi pendapat. Pro dan kontra berlaku.

Bagi ibubapa yang bukan guru, ramai juga yang tidak setuju. Ya lah, yang akan kena rotan nanti adalah anak mereka juga. Kadangkala ibubapa tahu anak mereka itu nakal, tetapi mereka sukar mahu menerima kenyataan tersebut seandainya ia datang dari orang lain.

Bagi pihak guru-guru pula, memperkenalkan semula hukuman rotan amat dialu-alukan. Ya lah, merekalah yang terbabit secara langsung dalam bidang pendidikan, jadi mereka tahulah mana yang terbaik untuk anak-anak itu.

Sudah memang naluri ibubapa sayangkan anak-anaknya. Begitu juga dengan guru-guru, sudah nalurinya menyayangi para pelajarnya. Kedua-duanya menyayangi orang-orang yang sama, tetapi kasih sayang ibubapa terhadap anak-anaknya kadangkala sering dikelabui oleh rasa simpati dan kasih yang berlebihan. Ini akan mengakibatkan hancurnya masa depan anak ini. Mereka adakalanya tidak dapat menerima sesuatu yang menyakitkan anaknya itu sekalipun ia adalah yang terbaik untuk memulihkannya.

Manakala kasih sayang seorang guru lebih bersifat terbuka dan rasional. Mereka memandang terus kepada masa depan pelajarnya dengan jelas tanpa diselindungi oleh apa-apa hijab.

Sebab itulah sebahagian ibubapa terpaksa menghantar anaknya mempelajari al-Quran kepada orang lain. Bukan dia tidak boleh mengajar al-Quran, tetapi sukar disebabkan anak sendiri.

Seorang anak dapat menipu ibubapanya, tetapi mereka sukar untuk untuk menipu guru-gurunya. Banyak rahsia diri dan jiwa pelajar ada di dalam genggaman guru yang tidak diketahui oleh ibubapanya sendiri. Itulah kelebihan guru.. Dan betapa mulianya mereka.

******

Apa pula pandangan Islam tentang perlaksanaan hukuman rotan/sebat ini?

Hukuman sebat atau pukul ini memang telah wujud sejak dahulu lagi samada di rumah atau di sekolah. Tujuannya adalah untuk memberi pengajaran atau ajar adab kepada kanak-kanak. Syarak juga memberi kebenaran kepada suami untuk menyebat isterinya yang nusyuz yang tidak insaf selepas diberi nasihat dan berpisah tempat tidur.

Manakala di dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda (ertinya):
Arahkanlah anak-anak kamu supaya mengerjakan sembahyang ketika berusia 7 tahun, dan pukullah ketika mereka berusia 10 tahun (jika enggan sembahyang), dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka. (HR Abu Daud)

Ini menunjukkan bahawa memang ada hukuman pukul di dalam Islam. Dan para amirul mukminin juga telah mengizinkan para guru melaksanakan hukuman pukul terhadap kanak-kanak ketika benar-benar perlu. Hukuman tersebut hendaklah berdasarkan mahu memberi pengajaran atau ajar adab, tidak kerana dorongan individu (marah, benci dsbnya).

Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan bahawa memukul pelajar itu dibenarkan dengan dua perkara:
1. Selepas memperoleh keizinan dari ibubapa atau penjaganya.
2. Apabila dirasakan secara zhan (70% kemungkinan) bahawa ia dapat memberi pengajaran.
3. Kanak-kanak itu tidak terlalu kecil umurnya.

Apabila dirasakan bahawa tidak memberi faedah dan pengajaran memukul pelajar kecuali dengan satu pukulan yang kuat serta benar-benar menyakitkan, maka tidak diperboleh melakukannya. Ini adalah berdasarkan ijmak, kerana hukuman dera disyariatkan adalah berdasarkan kemungkinan dapat memperbaikki kelakuan, lalu apabila ia dapat memberi mudarat maka hukuman dera itu ternafi (tidak boleh dijalankan).

Maksudnya, kalaulah seseorang pelajar itu dirasakan dari jenis yang tak berkesan kalau setakat dirotan sikit-sikit. Dia hanya akan serik kalau di pukul dengan benar-benar teruk (yang benar-benar menyakitkan), maka ketika itu tidak dibenarkan samasekali memukulnya. Kerana ia akan membawa mudarat kepada pelajar itu. Ia bertentangan dengan jiwa syariat yang diturunkan untuk memperbaiki bukan memberi mudarat.

*****
Jadi, jelaslah kepada kita di atas bahawa Islam tidak menyempitkan penggunaan rotan/sebatan sebagaimana akta yang ada sekarang ini sehingga guru-guru tidak dapat memberi adab dengan sewajarnya kepada para pelajar. Islam juga tidak memperluaskan penggunaan rotan sehingga guru boleh memukul sesuka hatinya.

Islam menggariskan dasarnya iaitu:
1. Memberi pengajaran
2. Menolak kemudaratan


http://abihulwa.blogspot.com/2009/06/isu-hukuman-rotan-di-sekolah.html

CONTOH-CONTOH KES MASALAH DISIPLIN DI MALAYSIA

Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukakan dan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal dibendung. Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin tetap berlaku dan kadarnya makin meningkat.
Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru. Jika kita terlalu memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yang akan merosakkan mereka pada masa akan datang.
KAJANG: Lapan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di Seremban yang didapati bersalah membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah sama, tujuh tahun lalu dilaporkan kini sudah dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang. Kumpulan pelajar itu baru saja dibebaskan bulan lalu selepas berada di penjara itu hampir tujuh tahun dan dikatakan sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan. Katanya, mereka sebelum ini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat di Sekolah Integriti Kajang (SIK) adalah perintis program pemulihan penjara itu.
Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan, dituduh secara bersama-sama membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat, pada 28 Mac 2004. Semua mereka yang kini berusia 23 tahun itu dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 10.30 pagi dan 4.15 petang di Asrama Putera sekolah itu. Menurut sumber, walaupun sejarah hidup mereka pahit, mereka pandai dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Pada 6 Ogos 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Ma’ah memerintahkan lapan pelajar itu ditahan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Kelapan-lapan pelajar itu pesalah juvana dan berdasarkan hakikat itu mereka dihukum mengikut Seksyen 97, Subseksyen 2 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu boleh ditahan dipenjara berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana kesalahan berkenaan dilakukan di Negeri Sembilan.
Perbicaraan kelapan-lapan pelajar itu bermula sejak 14 Jun 2004 dan sepanjang 18 hari perbicaraan, 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.  Sementara itu, jurucakap Istana Negeri Sembilan ketika dihubungi mengesahkan berhubung pembebasan lapan pelajar itu selepas rayuan terakhir mereka diluluskan oleh Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), tetapi enggan mengulas lanjut. Sumber Berita Harian.
Berlaku di daerah Dungun, Seorang guru lelaki tidak menyangka tindakannya menerima pelawaan bapa muridnya ke rumah membawa padah apabila ditumbuk dua kali di muka selain disepak.Guru berusia 43 tahun itu juga diacukan pisau berikutan bapa terbabit naik angin apabila mengetahui mangsa menampar anaknya.
Penyebab bagi insiden tersebut adalah kerana guru terbabit menampar pipi dan memulas telinga pelajar terbabit yang didakwa memberikan isyarat lucah kepada salah seorang murid tahun 6 di sekolahnya selepas keluar dari makmal.
Atas sebab tindakan ingin “mengajar” anak murid, guru yang tidak mahu dikenali pula dibelasah bapa pelajar tersebut.Apakah rasionalnya tindakan bapa pelajar itu?
Kejadian ini bukan baru pertama kali terjadi,dan dari senario yang kami lihat, kebanyakan ibu bapa lebih banyak menyokong tindakan luar kawalan anak mereka dengan menganggap anak mereka berperwatakan baik di sekolah dan bukan sebaliknya.
Ini membuatkan pelajar-pelajar sekolah semakin “naik lemak” apabila mengetahui keluarga mereka akan menyokong mereka walau apa-pun terjadi atas sebab perbuatan pelajar tersebut di sekolah. Takkan tak tahu, guru adalah umpama bapa atau ibu kepada pelajar semasa di sekolah.
Wajarlah jika mereka melakukan kesalahan, mereka menerima hukuman. Namun sekarang, guru-guru tidak lagi dihormati.Tidak semasa zaman kami dahulu.Ibu-bapa pada zaman dahulu lebih menitik beratkan perasaan hormat dan memandang tinggi profession guru sebagai pendidik anak-anak mereka.
Pada masa dahulu, usahkan hendak membalas, hendak mengadu kepada keluarga bila kena hukum dengan guru pun, tidak berani untuk diluahkan.Kerana, ibu bapa beranggapan sekiranya anak mereka dihukum, ini bermakna anak mereka memang melakukan kesalahan.
Tidak ada guru yang ingin menghukum anak muridnya tanpa ada asas-asas yang kukuh. Dalam kes di atas, menunjukkan isyarat lucah bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan. Lebih-lebih lagi, perbuatan anak menjadi cermin kepada sikap dan keperibadian keluarga pelajar tersebut sendiri.
Jika kita sendiri sebagai ibu-bapa, melihat anak kita yang berusia 8 tahun sudah pandai memberi isyarat lucah, adakah kita hanya akan tersenyum gembira dengan perbuatan mereka? Anda fikirkanlah sendiri.
Pada pendapat kami, KPM selepas ini patut mewujudkan silibus atau modul mempertahankan diri untuk guru-guru mereka.Pada zaman ini, berkemungkinan ianya amat diperlukan.
Pendapat anda, siapakah yang patut dipersalahkan?

REAKSI IBU BAPA KINI BILA ANAK DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN

REAKSI IBU BAPA KINI BILA ANAK DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN
Tidak memeranjatkan hari ini, tindakan ibu bapa yang membuat laporan polis dan menyaman pihak sekolah ialah senario yang biasa hari ini.  Ia antara faktor yang menyebabkan guru, pengetua dan pihak sekolah terpaksa menyembunyikan kes disiplin pelajar di sekolah. Selain ada sesetengah sekolah yang bertindak begitu kerana ingin menjaga nama baik sekolah masing-masing. Dengan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul di samping tidak ada pihak yang membela jika pengetua dan guru disaman oleh ibu bapa maka mereka seolah-olah menutup mata terhadap masalah disiplin yang berlaku di depan mata.
Ya…betul menjadi guru adalah suatu pekerja yang sangat mulia dan bukan mudah sebenarnya lebih-lebih lagi berhadapan dengan kerenah pelajar di sekolah pada hari ini. Kadang-kadang dilihat guru dilihat hanya mampu menangis dalam hati melihatkan :
Anak-anak yang terbiar ini dan yang datang dari keluarga yang tidak berapa ambil berat tentang pendidikan anak-anak.. Yang mewah dengan pelbagai harta benda tetapi teramat miskin perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa sendiri.
Mak ayah yang hanya turunkan anak dari kereta-kereta mewah di pintu pagar sekolah, terus meluncur pergi tanpa sempat singgah di majlis khas untuk ibu bapa, kerana ada urusan kerja!!!
Pastinya guru lebih gembira sehingga menitis air mata melihat :
Seorang ayah yang hanya datang dengan basikal buruk disambut gembira oleh anak yang sedia menunggu di sekolah. Apabila ada perjumpaan antara ibubapa dengan guru, ayah yang seperti inilah yang menghadirkan diri.
Peranan ibu bapa cukup besar untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kerana sebahagian besar masa mereka sepatutnya bersama ibu bapa. Di sekolah masa yang terhad perlu diagih antara memberi pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian dan dalam pada masa yang sama membentuk perangai pelajar. Dalam pada masa yang sama, anak itu juga perlu ada kesedaran diri, disiplin diri.
Pada pandangan saya, cikgu-cikgu yang mengajar bukannya mengharapkan anda semua jadi jurutera, doktor, peguam atau apa sahaja jawatan tinggi. Cukuplah sekadar menjadi insan yang berguna. Sememangnya kejayaan anak didik adalah kebanggaan semua guru-guru dan warga pendidik. Namun ingatlah guru hanya memberikan kunci dan andalah yang akan menentukan penggunaan kunci itu setakat mana. Guru dan ibu bapa adalah sebahagian dari kejayaan anda, namun anda sahaja yang dapat menentukan dan mencorakkan kejayaan anda sendiri. Tanpa usaha anda, ilmu yang dicurahkan tidak akan kemana, ibarat menuang air ke daun keladi.
Terima kasih kerana menghargai jasa guru dan seluruh warga pendidik.

DISIPLIN…DISIPLIN…ISU YANG TAK PERNAH HABIS…

Masalah disiplin pelajar di sekolah makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi keruntuhan akhlak dan masalah sosial dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia melibatkan kerjasama pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah.
Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang tidak sama. Masalah disiplin pelajar di sekolah dahulu tidak sama berbanding sekarang
  1. Adakah ini disebabkan anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa?
  2. Guru-guru pula pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mereka lakukan? Kalau kasar sedikit, ada sesetengah ibubapa yang mula membuat laporan kononnya anak mereka tu baik, alim, pijak semut pun tak mati, buah hati intan payung mereka. Sedangkan dalam mendisiplin anak-anak hari ini perluanya ada PENEGASAN dalam erti kata untuk mendidik mereka semua.
  3. Pelajar hari ini hilang rasa hormat dan tidak tahu di mana batas antara seorang yang bergelar pelajar dengan guru mereka sendiri?
Saya lihat pelaksanaan untuk memperbaiki disiplin pelajar sekarang ini ala-ala carca merba sahaja. Sekejap tidak boleh, sekejap boleh. Kemudian sekarang ini guru-guru tidak dibenarkan merotan pelajar. Bagi saya sendiri merotan adalah cara paling berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Untuk mengatasi masalah disiplin yang kian berleluasa ketika ini, kita perlu mengambil langkah dari peringkat akar umbi lagi. Saya ingin mengajak pembaca untuk balik ke zaman 30 atau 40 tahun lalu.
Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan. Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai cara paling berkesan menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi kaunseling dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah tindakan guru merotan pelaksanaan pelajar boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau mati? Saya tidak percaya guru-guru sanggup berbuat sampai begitu sekali. Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah. Ia ditambah dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. MEROTAN bukannya tindakan menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu PERINGATAN kepada pelajar.
Situasi pada masa dahulu :
Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Bagus…rasakan. Memang patut pun cikgu rotan. Pergi ambil “roti panjang” ayah atas almari. Ayah ada nak kasi “hadiah”.

Situasi pada masa sekarang :
Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Takpe anakku, esok ayah pergi sekolah jumpa cikgu adiktu. Kasihan anak ayah kena rotan ye…..(lebih kurang macam itula).
APA PANDANGAN AND PULA?

Saturday, 11 August 2012

BEBAN TUGAS GURU SEMAKIN MENCABAR


Beberapa tahun kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan memperkatakan tentang tahap profesionalisme dalam kalangan guru.
Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada kalangan mereka yang berani menggunakan kekerasan fizikal atas alasan yang sama. Malangnya kekerasan itu berakhir dengan tragedi yang tidak sanggup kita dengari. Masyarakat boleh menyalahkan guru yang berkenaan namun perlu adil membuat penelitian secara terperinci sebelum menjatuhkan hukuman. Terdapat guru yang berdepan dengan tekanan luar biasa yang menyebabkan tindakan di luar kewarasan berlaku , ditambah dengan beban kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.  
Cabaran guru semakin besar pada hari ini iaitu berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu bapa dan masyarakat. Malangnya bagi memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan yang perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin sukar. Ditambah pula tekanan untuk memenuhi standardtugasan yang melangkaui pelbagai aspek termasuk tugas perkeranian, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru sudah pasti sukar bernafas.

Tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Ini selaras dengan teras perkhidmatan awam antaranya bekerja dengan penuh tanggungjawab (Dr Ragbir Kaur, 2012). Status guru hanya disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan, manakala secara khususnya mereka masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran tersendiri dalam kehidupan seharian.